Jumaat, 24 September 2010

Fathan di hari keluarga SMK. Pangkal Kalong

Sabtu - 16 Syawal, 1431 / 25 September, 2010

...... on the way ke Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan.....

....Pokok kering... jangan mati... manusia masih perlukannya sekurangnya.....
cantik di mata walaupun tak boleh nak buat yang lain
.

....baru boleh...

Ahmad Fathan Jundullah bersama mama dan abi di hari keluarga SMK. Pangkal Kalong yang diadakan di Perdana Resort Pantai Cahaya Bulan.
.

....nak gi mana tu ?...

Tempat yang elok, bersih dengan udara yang nyaman.... cuma terasa sedikit kesan pemanasan global menyebabkan terasa takut untuk membiar anak aktif bermain walaupun hari ini adalah hari yang baik untuk mereka bersuka ria bersama adik beradik dan kawan-kawan dikalangan anak-anak warga SMK. Pangkal Kalong

Isnin, 20 September 2010

Ahmad Fathan Jundullah Bin Fikri Al-Kelantani

Selasa - 13 Syawal, 1431 / 21 September, 2010.
.

Hari ini, Sekolah Rendah Ittihadiah Tanjung Pagar, sekolah abang Tah cuti kerana peperiksaan UPSR. Selepas hantar mama di SMK. Pangkal Kalong abi dan abang Tah ke Merbau Patah, berhampiran Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas untuk makan pagi.
.
Abi makan nasi kerabu di Restoran Haji Abang Soh. Lama tak jumpa abang Haji Soh. Abang Tah makan telor masak separuh hari ini.
.

Sambil makan, abi buka lap-top dan minta abang Tah baca blognya [ www.fathifikri.blogspot.com ] dan blog anak kedua abi Ainul Fatihah Mujahidah [ www.fatihahfikri.blogspot.com ].
.
Blog Fatihah dengan namanya [ Fatihah ] itu mungkin kekal dengan namanya atau mungkin bertukar kenama lain kerana sikit masa lagi Fatihah akan bertukar juga dari kanak-kanak ke seorang gadis remaja yang tidak elok untuk di paparkan secara terbuka.
.
Terfikir abi, kedua anak abi Fathi dan Fatihah ada blog tapi anak bongsu abi dan mama tak ada blog lalu idea ini dimanfaatkan.
.
Abi buat blog untuk Fathan iaitu www.fathanfikri.blogspot.com dengan tema 'tentera Allah" kerana namanya Ahmad Fathan Jundullah. Jundullah maknanya "Tentera Allah".