Fathan berumur dua tahun.
Nampak susuk tubuhnya lebih besar dari abangnya Ahmad Fathi Rabbani. Syukur pada Allah dengan anugerah ini.
Tunggu sehingga umur berapa baru mereka faham bahawa mendedah aurat adalah dosa dan neraka kesudahannya. Masyarakat hari ini berbangga dengan dedah aurat.
Saya mengambil sikap yang tegas terhadap anak lelaki, Fathi dan Fathan dengan mendidik supaya mereka memakai 'ppiah' diatas kepala mereka. Bukalah saya tidak menerima 'keterbukaan'.
Hukumnya jelas, memakai kupiah bukannya wajib. Tetapi saya mencongak bahawa memakai kupiah adalah suatu pengawalan bagi diri saya untuk mengelakkan kemungkaran dalam diri. Tidak dinafikan bahawa 'hati' adalah segalanya.
Harapnya 'hati' membenci kemungkaran dan maksiat zahir dan batin sepanjang hidup. Oleh yang demikian saya 'memberati' budak-budak ini supaya memakai kupiah jika ingin keluar dari rumah walau untuk kemana. InsyaAllah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan