Isnin, 27 Oktober 2014

Fathan terkejut "TERminum air"

Fathan tak pandai berenang tetapi bersemangat nak turun dalam kolam renang. Inilah ulasan abi terhadap Fathan. Abi terpaksa benarkan Fathan nak main air. Ketika ini abang Tah dan kakak Fatihah sedang bersama program "Sukaneka Hari Keluarga SMKKL" ... Fathan, ketika dalam kolam rasa pening. "Rasa pening" ini diceritakan semula oleh Fathan setelah kembali ke tempat menginap. Tadi, Fathan terteguk air kolam renang. Nasib baik abi cepat-cepat pegang bahu Fathan dan mengangkat ke tebing kolam. Selamat Fathan. Alhamdulillah.
Ahmad Fathan Jundullah bersama Ahmad Fahmi adik Ahmad Firdaus [ insyaALLAH Engineer Firdaus nanti ] anak kawan mama di SMKKL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan