Fathan Jundullah itu "tentera Allah"
Khamis, 22 Januari 2015
fathan masuk pra di ittihadiah
Fathan sudah mula serasi dengan sekolah malah anak ketiga ini lebih
cepat berbanding dengan kakak dan abangnya.
Sabtu, 10 Januari 2015
Isnin, 27 Oktober 2014
Fathan terkejut "TERminum air"
Fathan tak pandai berenang tetapi bersemangat nak turun dalam kolam renang. Inilah ulasan abi terhadap Fathan. Abi terpaksa benarkan Fathan nak main air. Ketika ini abang Tah dan kakak Fatihah sedang bersama program "Sukaneka Hari Keluarga SMKKL" ... Fathan, ketika dalam kolam rasa pening. "Rasa pening" ini diceritakan semula oleh Fathan setelah kembali ke tempat menginap. Tadi, Fathan terteguk air kolam renang. Nasib baik abi cepat-cepat pegang bahu Fathan dan mengangkat ke tebing kolam. Selamat Fathan. Alhamdulillah.
Ahmad Fathan Jundullah bersama Ahmad Fahmi adik Ahmad Firdaus [ insyaALLAH Engineer Firdaus nanti ] anak kawan mama di SMKKL.
Sabtu, 22 September 2012
Jundulah demam
Fathan tak sihat lagi, malam tadi muntah
Ke Klinik Ziad
Kanak-kanak akan jadi cepat kurus bila muntah-muntah dan buang air
Label:
Tentera Allah demam
Selasa, 11 September 2012
Makanan Segera
Saya selalu berpesan kepada mamanya "jangan bagi makanan segera". Namun, terlepas juga dari kawalan. Akhirnya dapat juga Fathan merasai makanan segera itu. Makanan segera ini isunya banyak buruk dari baik walaupun sedap.
Label:
Hati-hati makanan segera
Khamis, 30 Ogos 2012
Pembinaan generasi
Abang Tah, abang Tah " sayang " adik Tah. Cium pipi adalah " sayang " dan tanda sayang. Susah Fathan bila abang Tah pegang. Saya ajarkan Fathi / abang Tah supaya bergurau " sayang " Fathi untuk kemesraan adik beradik.
Jundullah, kena sihat gagah untuk hidup dalam dunia moden sekarang.
Telah berumur 3 tahun
Label:
Generasi akhir zaman
Isnin, 2 Mei 2011
Fathan...sedang membesar
Ahmad Fathan Jundullah
Fathan berumur dua tahun.
Masa depan, hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Semua ibu bapa mempunyai harapan terhadap anaknya. Semua ibu bapa memberi yang terbaik terhadap anaknya.
Hidup dikelilingi suasana yang mencabar. Dari kecil anak-anak terdedah dengan perkara-perkara penderhakaan kepada Allah. Mendedah aurat dimana saja. Anak-anak melihat kemungkaran dari kecil lagi.
Tunggu sehingga umur berapa baru mereka faham bahawa mendedah aurat adalah dosa dan neraka kesudahannya. Masyarakat hari ini berbangga dengan dedah aurat.
Saya mengambil sikap yang tegas terhadap anak lelaki, Fathi dan Fathan dengan mendidik supaya mereka memakai 'ppiah' diatas kepala mereka. Bukalah saya tidak menerima 'keterbukaan'.
Hukumnya jelas, memakai kupiah bukannya wajib. Tetapi saya mencongak bahawa memakai kupiah adalah suatu pengawalan bagi diri saya untuk mengelakkan kemungkaran dalam diri. Tidak dinafikan bahawa 'hati' adalah segalanya.
Harapnya 'hati' membenci kemungkaran dan maksiat zahir dan batin sepanjang hidup. Oleh yang demikian saya 'memberati' budak-budak ini supaya memakai kupiah jika ingin keluar dari rumah walau untuk kemana. InsyaAllah
Fathan berumur dua tahun.
Nampak susuk tubuhnya lebih besar dari abangnya Ahmad Fathi Rabbani. Syukur pada Allah dengan anugerah ini.
Tunggu sehingga umur berapa baru mereka faham bahawa mendedah aurat adalah dosa dan neraka kesudahannya. Masyarakat hari ini berbangga dengan dedah aurat.
Saya mengambil sikap yang tegas terhadap anak lelaki, Fathi dan Fathan dengan mendidik supaya mereka memakai 'ppiah' diatas kepala mereka. Bukalah saya tidak menerima 'keterbukaan'.
Hukumnya jelas, memakai kupiah bukannya wajib. Tetapi saya mencongak bahawa memakai kupiah adalah suatu pengawalan bagi diri saya untuk mengelakkan kemungkaran dalam diri. Tidak dinafikan bahawa 'hati' adalah segalanya.
Harapnya 'hati' membenci kemungkaran dan maksiat zahir dan batin sepanjang hidup. Oleh yang demikian saya 'memberati' budak-budak ini supaya memakai kupiah jika ingin keluar dari rumah walau untuk kemana. InsyaAllah
Label:
Anak-anak adalah untuk Islam
Langgan:
Catatan (Atom)